HAMPIR 2,200 majikan diletakkan di bawah semakan kerana disyaki menyalah guna Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) Julai, dan pembayaran bagi 444 daripada mereka telah ditolak sama ada sebahagiannya atau sepenuhnya sehingga hampir $10 juta, kata Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras).
Dalam satu kenyataan semalam, Iras berkata pembayaran JSS bagi majikan di bawah semakan itu akan ditahan sehingga mereka dapat memberikan dokumen sokongan untuk mengesahkan kesahihan dan ketepatan sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mandatori yang dibuat, lapor The Straits Times.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg