Topik diikuti
Pergi ke BHku23 kedai F&B didapati langgar aturan selamat Covid-19
1 of 2
Sep 16, 2020 | 5:30 AM
23 kedai F&B didapati langgar aturan selamat Covid-19
SEBANYAK 23 kedai makanan dan minuman (F&B) didapati melanggar peraturan pengurusan selamat Covid-19 semasa pemeriksaan yang dipertingkat oleh agensi pemerintah pada hujung minggu lalu.
Kebanyakan kesalahan itu melibatkan kumpulan lebih lima orang duduk bersama di satu meja atau bergaul antara satu meja dengan meja lain serta menghidangkan dan meminum arak selepas 10.30 malam, kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dalam satu kenyataan semalam.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti