SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

25 kes baru Covid-19 termasuk 21 kes dalam masyarakat dan 1 tinggal di asrama pekerja

25 kes baru Covid-19 termasuk 21 kes dalam masyarakat dan 1 tinggal di asrama pekerja

May 23, 2021 | 4:46 PM

25 kes baru Covid-19 termasuk 21 kes dalam masyarakat dan 1 tinggal di asrama pekerja

-

TERDAPAT 25 kes baru Covid-19 sehingga tengah hari Ahad (23 Mei), termasuk 22 kes tempatan. Kementerian Kesihatan (MOH), dalam kenyataannya mengatakan tiga kes tempatan baru merupakan kes tidak terkait. Daripada 19 kes tempatan yang ada kaitan pula, 12 telah dikuarantin apabila mereka diuji positif. MOH menambah, salah satu kes tempatan tinggal di asrama pekerja. Terdapat tiga kes yang diimport, dengan kesemuanya dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura, justeru sudah dipisahkan daripada masyarakat apabila mereka didapati positif Covid-19. Daripada kes yang diimport itu, dua adalah warga Singapura atau penduduk tetap. Kes baru Ahad menjadikan jumlah jangkitan di Singapura mencapai 61,824. Maklumat lebih lanjut akan diumumkan malam ini.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg