SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

25 kes Covid-19 di SG: 13 kait kes awal, 6 tiada kaitan, 6 import

25 kes Covid-19 di SG: 13 kait kes awal, 6 tiada kaitan, 6 import

May 31, 2021 | 5:30 AM

25 kes Covid-19 di SG: 13 kait kes awal, 6 tiada kaitan, 6 import

60d79052-f1c1-4734-8f61-80cf93a65a8e
-

TERDAPAT 25 kes Covid-19 baru sehingga 12 tengah hari semalam, termasuk enam kes yang buat masa ini tidak berkait dengan kes-kes sebelum ini.

Sebanyak 13 jangkitan dikaitkan dengan kes-kes yang dilaporkan sebelum ini, dengan 11 daripadanya sudah dikuarantin terlebih dahulu dan baki dua kes pula dikesan melalui pemantauan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.

Tiada kes baru di dormitori pekerja migran dilaporkan.

MOH menambah baki enam kes pula adalah kes import yang sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Daripada kes ini, lima daripadanya adalah warga Singapura atau Penduduk Tetap Singapura yang pulang ke sini.

Ia membawa jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Singapura kepada 62,028.

Kelmarin, 33 kes baru jangkitan Covid-19 di Singapura dilaporkan, termasuk 23 dalam masyarakat.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg