Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 47 kes baru, 39 daripadanya kes import

Mar 21, 2020 | 9:52 PM
8aa7f1e4-10b9-42bb-b039-f45ce1a5f017
- Foto FAIL

SEBANYAK 47 kes jangkitan Covid-19 disahkan sehingga 12 tengah hari tadi (21 Mac), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) menerusi satu kenyataan.

Jumlah ini sama dengan jumlah kes baru yang dilaporkan Rabu lalu, iaitu jumlah tertinggi sejak kes pertama dilaporkan di Singapura pada 23 Januari lalu.

Jumlah ini termasuk 39 kes import dengan pesakit yang mempunyai sejarah perjalanan ke Australia, Eropah, Amerika Utara serta beberapa negara Asean dan negara Asia lain.

Hampir kesemua kes import itu melibatkan penduduk Singapura yang baru pulang ke negara ini dan pemegang pas jangka panjang manakala enam lagi merupakan pengunjung jangka pendek.

Sehingga kini, sebanyak 140 kes telah pulih sepenuhnya daripada koronavirus itu dan dibenarkan keluar dari hospital, dengan sembilan kes dibenarkan pulang dari hospital hari ini.

Daripada 290 kes yang masih dirawat di hospital, kebanyakannya dalam keadaan stabil atau bertambah baik.

Sementara itu, 14 daripada mereka berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di unit jagaan rapi (ICU).

Awal hari ini, Menteri Kesihatan Gan Kim Yong turut mengumumkan dua kes kematian pertama Covid-19 di Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg