Topik diikuti
Pergi ke BHku3 pembantu rumah ditahan kerana jadi radikal, biayai pengganasan
Dikenakan perintah tahanan di bawah ISA kerana sokong ISIS, Jemaah Anshorut Daulah: MHA

Sep 24, 2019 | 5:30 AM
3 pembantu rumah ditahan kerana jadi radikal, biayai pengganasan
TIGA wanita warga Indonesia telah dikenakan perintah tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sedang siasatan kegiatan pembiayaan pengganasan ke atas mereka dijalankan.
Tiga warga Indonesia itu - Anindia Afiyantari, 33 tahun; Retno Hernayani, 36 tahun; dan Turmini, 31 tahun - telah bekerja di Singapura antara enam dengan 13 tahun sebagai pembantu rumah.