SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

300 firma kecil mahu runding semula kontrak di bawah skim bantuan Covid-19

300 firma kecil mahu runding semula kontrak di bawah skim bantuan Covid-19

Feb 7, 2021 | 8:07 PM

300 firma kecil mahu runding semula kontrak di bawah skim bantuan Covid-19

Sebuah perniagaan layak jika pendapatan tahunannya tidak melebihi $30 juta di peringkat kumpulan global.
Sebuah perniagaan layak jika pendapatan tahunannya tidak melebihi $30 juta di peringkat kumpulan global. - ST FILE

SKIM Rangka Kerja Penyelarasan Semula atau 'Re-Align Framework' bagi membantu perniagaan kecil dan mikro menangani kesan krisis Covid-19 telah menarik sekitar 300 permohonan dalam masa tiga minggu ia dilancarkan.

Kementerian Undang-undang (MinLaw) berkata pada Jumaat lalu bahawa 292 notis telah difailkan antara 15 Januari dengan 4 Februari, yang terdiri daripada 177 Notis Rundingan (NoN) dan 115 Notis Semakan (NoR).

NoN adalah rundingan semula bagi kontrak perniagaan tertentu manakala NoR adalah untuk penyewa yang layak bagi peralatan komersial atau kenderaan yang ingin memanfaatkan Skim Pembayaran Semula - satu pelan ansuran membolehkan mereka membuat bayaran tertunggak dalam masa 18 bulan.

Rangka kerja itu berkuat kuasa pada 15 Januari dan perniagaan terjejas mempunyai sehingga 26 Februari untuk memfailkan notis bagi mendapatkan bantuan di bawah skim tersebut.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg