SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

31 kes Covid-19 baru di S'pura; 29 import, 2 dalam masyarakat

31 kes Covid-19 baru di S'pura; 29 import, 2 dalam masyarakat

Jan 6, 2021 | 4:11 PM

31 kes Covid-19 baru di S'pura; 29 import, 2 dalam masyarakat

Sebanyak 31 kes dilaporkan di Singapura pada 6 Januari 2020, 29 diimport dan dua dalam masyarakat. - FOTO: fail
Sebanyak 31 kes dilaporkan di Singapura pada 6 Januari 2020, 29 diimport dan dua dalam masyarakat. - FOTO: fail -

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan 31 kes Covid-19 baru sehingga tengah hari Rabu (6 Jan) menjadikan jumlah kes secara keseluruhan di sini mencecah 58,780 kes.

Terdapat 29 kes import yang telah diarah menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setiba mereka di Singapura.

Antara mereka, tiga kes melibatkan warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) dan sebanyak 12 kes melibatkan pembantu rumah asing.

Baki dua kes pula melibatkan kes dalam masyarakat, kata MOH.

Tiada kes dari dormitori pekerja yang dikesan pada Rabu.

Perincian lanjut akan diumumkan malam nanti.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg