Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masalah kit ujian sebabkan kesilapan bagi 33 kes yang sebelum ini disahkan positif Covid-19 di S'pura

May 11, 2020 | 9:03 AM
MASALAH UJIAN MAKMAL: Ujian yang dilakukan semula di NPHL mengesahkan bahawa kes-kes tersebut, dan dua lagi yang mempunyai keputusan yang sama, sebenarnya negatif.
MASALAH UJIAN MAKMAL: Ujian yang dilakukan semula di NPHL mengesahkan bahawa kes-kes tersebut, dan dua lagi yang mempunyai keputusan yang sama, sebenarnya negatif. - - Foto KEVIN LIM

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) semalam (10 Mei) mendedahkan bahawa 33 kes Covid-19 dari sebuah makmal tersilap dikesan sebagai positif disebabkan masalah bagi salah satu alat ujiannya.

Ujian yang dilakukan semula di Makmal Kesihatan Awam Nasional (NPHL) mengesahkan bahawa kes-kes tersebut, dan dua lagi yang mempunyai keputusan yang sama, sebenarnya negatif.

MOH menambah tiada keputusan negatif palsu yang ditemukan dan tindakan segera telah diambil untuk memperbaiki keadaan.

Makmal tersebut juga telah menghentikan semua ujian dan berusaha menyelesaikan masalah penentukuran itu.

Dalam pada itu, Singapura merekodkan satu lagi kes yang diimport di antara 876 kes baru yang disahkan semalam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Singapura sebanyak 23,336.

Ini merupakan kes import pertama dalam lebih dua minggu sejak dua kes import disahkan pada 26 April lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg