SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

38 orang disiasat kerana langgar peraturan Covid-19 di tempat hiburan awam haram

38 orang disiasat kerana langgar peraturan Covid-19 di tempat hiburan awam haram

May 29, 2021 | 7:30 PM

38 orang disiasat kerana langgar peraturan Covid-19 di tempat hiburan awam haram

7b99b7c6-3b44-48da-a52e-68121919496a
- SPF

SERAMAI 38 orang, termasuk beberapa remaja, sedang disiasat kerana didakwa meminum alkohol dan bersosial di tempat hiburan awam secara haram sekali gus melanggar peraturan berkaitan langkah jarak selamat. Ini selepas dua operasi berasingan dilakukan di unit perindustrian di Jalan Besar pada 16 Mei dan di unit pejabat di Jalan Paya Lebar pada 22 Mei, kata polis dalam satu kenyataan pada Sabtu (29 Mei). Acara hiburan awam dan minuman keras dipercayai disediakan di kedua-dua tempat tersebut tanpa lesen yang sah. Polis juga merampas peralatan karaoke yang terdapat di dua unit tersebut. Polis mengatakan 21 lelaki dan lapan wanita, berusia antara 14 dengan 39 tahun, didakwa telah meminum alkohol dan bersosial di dalam unit pejabat Paya Lebar. Empat lelaki, berusia antara 15 dengan 18 tahun, ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah. Salah seorang daripada mereka adalah remaja berusia 15 tahun yang dipercayai pengendali unit tersebut. Dia juga akan disiasat atas kesalahan di bawah Akta Hiburan Awam dan Akta Kawalan Minuman (Bekalan dan Penggunaan). Di unit perindustrian Jalan Besar, tujuh lelaki dan dua wanita, berusia antara 20 dengan 27 tahun, didakwa minum alkohol dan bersosial. Salah seorang adalah lelaki berusia 27 tahun, dipercayai pengendali unit itu. Dia juga akan disiasat atas kesalahan di bawah Akta Hiburan Awam dan Akta Kawalan Minuman (Bekalan dan Penggunaan).

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg