Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

383 kes Covid-19 baru di S'pura; 14 kes dalam masyarakat termasuk 10 warga dan PR

Jun 7, 2020 | 3:22 PM
Golongan pekerja asing yang tinggal di dormitori tetap membentuk majoriti kes jangkitan baru.
Golongan pekerja asing yang tinggal di dormitori tetap membentuk majoriti kes jangkitan baru. - Kevin Lim

Sebanyak 383 kes jangkitan Covid-19 baru telah dilaporkan di Singapura sehingga 12 tengahari tadi, kata Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (7 Jun). 14 kes merupakan dalam masyarakat, yang terdiri daripada 10 warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) manakala empat adalah pemegang pas pekerja atau pelajar. Baki kes jangkitan melibatkan pekerja asing yang tinggal di dormitori pekerja asing. Di kalangan 14 kes dalam masyarakat itu, sembilan telah diperiksa secara proaktif sebagai sebahagian daripada usaha aktif dalam pengesanan awal kes di sekolah dan mereka yang ada simptom jangkitan pernafasan berpanjangan. Daripada jumlah itu, enam dikesan ekoran ujian proaktif ke atas kakitangan sekolah dan pelajar berusia 12 tahun yang menghidapi jangkitan pernafasan akut (ARI) semasa bertemu doktor. "Bukti epidemologi menunjukkan kes itu mungkin dijangkiti semasa tempoh pemutus litar dan bukan selepas pembukaan sekolah. "Tiga kes lain diuji kerana mempunyai simptom ARI berpanjangan," ujar MOH.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg