Empat pelajar dan seorang kakitangan tidak mengajar dari lima sekolah berbeza telah diuji positif untuk koronavirus.
Dalam satu kenyataan Kementerian Pendidikan (MOE) hari ini (7 Jun), kesemua lima kes itu memiliki simptom sederhana.
Mereka masing-masing dari Sekolah Anglican High, CHIJ Katong Convent, CHIJ St. Theresa's Convent, Sekolah Menengah Geylang Methodist, Institusi Hwa Chong dan Sekolah Antarabangsa Ascensia.
Lantaran itu, kes-kes itu tidak membentuk kelompok, menurut MOE sambil menambah kes-kes itu dikesan hasil daripada ujian pemantauan yang bermula sejak 2 Jun untuk semua pelajar berusia 12 tahun ke atas dan kakitangan sekolah yang mempunyai jangkitan pernafasan akut apabila bertemu doktor.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg