SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

4PM lantik presiden baru

4PM lantik presiden baru

Jul 24, 2021 | 8:41 PM

4PM lantik presiden baru

Encik Nassar (kiri) menggantikan Encik Izzuddin sebagai presiden 4PM. - Foto 4PM
Encik Nassar (kiri) menggantikan Encik Izzuddin sebagai presiden 4PM. - Foto 4PM -

PERSATUAN Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) mempunyai kepimpinan baru menyusuli pelantikan Encik Nassar Mohamad Zain sebagai presiden. Beliau menggantikan Encik Izzuddin Taherally, 68 tahun, yang telah memegang jawatan itu sejak 1990. Pelantikan itu dibuat semasa mesyuarat agung tahunan ke-72 pertubuhan itu semalam. Kali terakhir perubahan kepimpinan badan itu berlaku adalah 31 tahun lalu.

Menurut 4PM, Encik Nassar, 38 tahun, telah berkhidmat bersama badan itu sejak 2008. Beliau telah mengetuai beberapa inisiatif utama termasuk projek Ramadan On Wheels (ROW), Remaja Resilien R2 dan Akademi Bahas 4PM di samping memegang jawatan Naib Presiden 4PM dari 2016 hingga 2020. Laporan penuh di Berita Minggu esok.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg