SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

6 kes masyarakat, 14 kes import

6 kes masyarakat, 14 kes import

Jun 6, 2021 | 4:16 PM

6 kes masyarakat, 14 kes import

Enam daripada 20 kes Covid-19 baru merupakan kes dalam masyarakat, dengan lima berkait dengan kes sebelumnya serta sudah dikenakan kuarantin.
Enam daripada 20 kes Covid-19 baru merupakan kes dalam masyarakat, dengan lima berkait dengan kes sebelumnya serta sudah dikenakan kuarantin. - KUA CHEE SIONG

Singapura melaporkan 20 kes Covid-19 baru sehingga tengah hari Ahad (6 Jun), kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Enam daripada kes baru itu merupakan kes dalam masyarakat, dengan lima berkait dengan kes sebelumnya serta sudah dikenakan kuarantin.

Satu kes baru buat masa ini tidak berkait, jelas MOH.

14 adalah kes import yang sudah dikenakan notis jangan keluar rumah (SHN) setibanya di Singapura, 12 merupakan warga Singapura atau penduduk tetap.

Tidak ada kes baru di dormitori pekerja yang dilaporkan.

Kes baru ini membawa kepada jumlah keseluruhan jangkitan di Singapura kepada 62,196.

Lebih banyak butiran akan diumumkan nanti.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg