Topik diikuti
Pergi ke BHku60% yang dibantu Jamiyah bekerja tapi gaji tidak cukup sara hidup
Oktober lalu, Jamiyah menubuhkan Jabatan Pendekatan dan Pembangunan Masyarakat untuk menyelaras pelbagai khidmat kebajikan, penjagaan pelajar serta pengurusan sukarelawannya. Berita Harian mengupas tumpuan serta program di bawah jabatan baru itu. Ikuti laporan NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg)
Mar 14, 2016 | 5:30 AM
60% yang dibantu Jamiyah bekerja tapi gaji tidak cukup sara hidup
SEKITAR 60 peratus daripada 300 penerima bantuan makanan asas daripada Jamiyah merupakan golongan yang bekerja tetapi gaji mereka tidak mencukupi bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.
Bakinya merupakan golongan yang menghidapi penyakit, warga tua, ibu bapa tunggal dan orang kurang upaya.