Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

69 kaunter fizikal disedia di serata pulau bagi bantu warga guna baucar

Nov 24, 2020 | 5:30 AM
42da06b6-f610-408c-ae4b-7f3614360361
-

RAKYAT Singapura yang memerlukan bantuan dengan urus niaga dalam talian, boleh menebus Baucar Teroka Semula Singapura mereka di 69 kaunter fizikal di merata negara.

Sebahagian besar kaunter itu terletak di kelab dan pusat masyarakat (CC) atau sekitar 5 minit perjalanan dari kelab masyarakat.

Kaunter tempahan juga disediakan di beberapa pusat beli-belah dan lokasi SingPost, kata kenyataan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) semalam.

STB juga mengingatkan warga Singapura supaya mempunyai akaun SingPass yang sah sebelum melawat rakan tempahan yang diluluskan di lokasi fizikal mereka.

Bercakap semalam menerusi taklimat media secara maya, dalam ucapannya, Ketua Eksekutif STB, Encik Keith Tan, berkata kaunter-kaunter itu ditubuhkan bagi memastikan baucar mudah diakses dan inklusif untuk semua warga Singapura.

"Ini adalah lebih untuk mereka yang memerlukan bantuan secara bersemuka, membuat atau mengeset semula kata kunci akaun SingPass atau menggunakan baucar mereka untuk menebus produk pelancongan secara dalam talian," jelas beliau.

Walaupun baucar itu hanya boleh ditebus dan digunakan secara peribadi, STB menggalak orang ramai supaya membantu keluarga dan teman-teman yang kurang celik digital untuk mendaftar bagi akaun SingPass agar mereka boleh membuat penebusan secara dalam talian.

Sementara itu, bagi para penduduk yang memerlukan bantuan bagi akaun atau kata kunci SingPass, Persatuan Rakyat (PA) akan menyediakan khidmat itu di 53 CC.

Sebahagian besar CC ini akan disokong oleh kaunter rakan tempahan yang diluluskan, yang terletak di CC atau lima minit perjalanan kaki dari CC.

Orang ramai digalak supaya memeriksa waktu operasi bagi kaunter SingPass di lokasi tertentu sebelum ke sana, kata STB lagi.

Rakyat Singapura juga boleh menghubungi talian hotline Baucar Teroka Semula Singapura di 1800-2828-228, dari 8 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg