Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

7 tempat termasuk IMM, Clementi Mall dan Tanglin Mall dikunjungi pesakit Covid-19

Jun 8, 2020 | 11:32 PM
Clementi Mall antara tujuh tempat lagi disertakan dalam senarai tempat yang dikunjungi kes jangkitan Covid-19. - Foto FAIL ST
Clementi Mall antara tujuh tempat lagi disertakan dalam senarai tempat yang dikunjungi kes jangkitan Covid-19. - Foto FAIL ST -

TUJUH tempat lagi telah disertakan dalam senarai tempat yang dikunjungi kes jangkitan Covid-19, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (8 Jun).

Pesakit telah disahkan berkunjung ke:

  1. Pusat membeli-belah IMM pada 25 Mei (antara 1.30 dengan 2.25 petang, antara 7.45 dengan 9.15 malam) dan 3 Jun (antara 7 dengan 9 malam)
  2. 82 Marine Parade Central pada 29 Mei (antara 6 dengan 6.30 petang)
  3. Tanglin Mall pada 29 Mei (antara 1.05 dengan 1.35 petang)
  4. Pasar dan Pusat Makanan Yuhua Village pada 30 Mei (antara 11.10 pagi dengan 12 tengah hari)
  5. Pasar raya Giant di Woodlands North Plaza pada 30 Mei (antara 5.10 dengan 5.40 petang)
  6. Pasar raya Giant di Woodlands Mart pada 30 Mei (antara 10.30 dengan 11 malam)
  7. Kedai makanan Jinjja Chicken di Clementi Mall pada 2 Jun (antara 7 dengan 9 malam)

Pusat membeli-belah IMM pada 25 Mei (antara 1.30 dengan 2.25 petang, antara 7.45 dengan 9.15 malam) dan 3 Jun (antara 7 dengan 9 malam)

82 Marine Parade Central pada 29 Mei (antara 6 dengan 6.30 petang)

Tanglin Mall pada 29 Mei (antara 1.05 dengan 1.35 petang)

Pasar dan Pusat Makanan Yuhua Village pada 30 Mei (antara 11.10 pagi dengan 12 tengah hari)

Pasar raya Giant di Woodlands North Plaza pada 30 Mei (antara 5.10 dengan 5.40 petang)

Pasar raya Giant di Woodlands Mart pada 30 Mei (antara 10.30 dengan 11 malam)

Kedai makanan Jinjja Chicken di Clementi Mall pada 2 Jun (antara 7 dengan 9 malam)

MOH juga telah mengesahkan lagi 386 kes Covid-19 baru hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan di Singapura kepada 38,296 kes.

Daripada kes baru itu, seorang adalah warga Singapura dan seorang adalah pemegang pas kerja atau pelajar manakala 384 kes melibatkan pekerja asing menetap di asrama.

Tiada kes diimport dilaporkan. 99 peratus daripada kes baru mempunyai kaitan dengan kelompok dikenali.

Dua kes dalam masyarakat dikesan adalah simptomatik dan diuji selepas mendapat rawatan di Klinik Persediaan Kesihatan Awam (PHPC), tambah MOH.

Siasatan epidemiologi bagi kedua kes ini masih dijalankan.

MOH juga mengenal pasti empat kelompok baru di asrama di 216 Tagore Lane, 9B Tech Park Crescent, 16 Tech Park Crescent dan 115 Tuas View Walk 1.

Dalam pada itu, lagi 482 pesakit telah dibenarkan pulang dari hospital dan kemudahan jagaan masyarakat hari ini, membawa jumlah keseluruhan bagi pesakit yang telah sembuh kepada 25,368.

Sebanyak 269 kes yang telah disahkan positif dirawat di hospital dengan empat daripada mereka berada di unit jagaan rapi.

Sejumlah 12,634 pula berada di pusat pengasingan di kemudahan masyarakat.

Seramai 25 telah meninggal dunia akibat Covid-19, sementara sembilan pula yang diuji positif bagi virus tersebut telah meninggal dunia atas sebab lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg