Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

741 kes baru Covid-19, sebahagian besar pekerja asing di asrama

5 kes baru libatkan warga, penduduk tetap
May 8, 2020 | 5:30 AM
41708c34-a566-4315-a111-2c4229fd8ac6
- REUTERS

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah mengumumkan 741 kes Covid-19 baru di Singapura semalam, membawa jumlah keseluruhan kepada 20,939.

Ia merupakan hari ke-14 berturut-turut bilangan jangkitan baru berkurangan di bawah 1,000 orang.

Lima warga Singapura dan penduduk tetap merupakan antara pesakit baru yang dijangkiti virus itu.

Pekerja asing yang tinggal di asrama terus merangkumi kebanyakan bilangan baki kes.

Kelmarin, MOH melaporkan 788 kes baru dan dua kematian ekoran Covid-19, membawa jumlah kematian seluruhnya kepada 20.

Seorang wanita Singapura berusia 97 tahun meninggal dunia malam Selasa lalu. Beliau disahkan menghidapi virus itu pada 7 April dan mempunyai sejarah tekanan darah tinggi.

Seorang lagi pesakit ialah lelaki rakyat Singapura berusia 73 tahun yang meninggal dunia Rabu lalu. Beliau juga disahkan dijangkiti Covid-19 pada 7 April dan mempunyai sejarah tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan kencing manis.

Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dan Hospital Besar Singapura telah menawarkan bantuan kepada keluarga mangsa.

Enam daripada 20 yang meninggal dunia dan diuji positif telah meninggal dunia akibat sebab lain.

Daripada kes-kes baru yang diumumkan Rabu lalu, 759 merupakan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Sejumlah 17,757 daripada 323,000 pekerja asing yang tinggal di asrama iaitu sekitar 5.5 peratus diuji positif Covid-19.

Rabu lalu, MOH berkata ia telah mengesan lebih banyak kes di asrama kerana ujian meluas yang dijalankan.

Kebanyakan kes adalah ringan dan kini dipantau di kemudahan pengasingan masyarakat atau wad biasa hospital.

Pihak kementerian juga menambah bilangan kes baru dalam masyarakat juga telah berkurangan kepada secara purata 10 dalam sehari sepanjang minggu lalu daripada secara purata 16 kes sehari, dua minggu lalu.

Bilangan kes tiada kaitan dalam masyarakat juga telah berkurangan kepada empat secara purata minggu lalu daripada sembilan kes secara purata sehari, dua minggu lalu.

Sehingga Rabu lalu, 1,628 pesakit di Singapura telah pulih sepenuhnya daripada virus itu dan telah dibenarkan pulang.

Di peringkat sejagat, penularan itu yang bermula Disember tahun lalu, telah menjangkiti sekitar 3.82 juta orang. Sekitar 264,000 telah meninggal dunia.

Amerika Syarikat merupakan negara yang paling teruk terjejas di dunia dengan lebih 1.26 juta kes dan 74,000 kematian ekoran Covid-19 sehingga semalam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg