Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

8 warga S'pura antara 55 penumpang yang dibawa pulang ke M'sia dari Iran

Mar 22, 2020 | 11:56 AM
Pegawai tempatan membawa penumpang yang tiba di KLIA dari Iran terus lalui proses tapisan kesihatan.
Pegawai tempatan membawa penumpang yang tiba di KLIA dari Iran terus lalui proses tapisan kesihatan. - Foto Twitter/Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

SERAMAI lapan warga Singapura merupakan antara 55 orang yang dibawa pulang kerajaan Malaysia dari Iran pagi tadi (22 Mac). Menerusi laman Twitter beliau, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6.35 pagi tadi. Sebelum ini, laman Astro Awani melaporkan bahawa kerajaan Malaysia bersetuju membawa pulang 46 rakyat Malaysia, lapan warga Singapura dan seorang warga Indonesia yang terkandas di Iran, antara negara yang paling teruk dilanda wabak Covid-19, sebagai meraikan semangat Asean. Mereka menaiki pesawat AirAsia yang disewa khusus bagi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) itu. Menerusi satu kenyataan, Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura berkata warga Singapura itu akan menjalani kuarantin 14 hari di Kuala Lumpur sebelum pulang ke Singapura. "Pemerintah Singapura ingin merakamkan penghargaan kami yang amat mendalam kepada kerajaan dan kedutaan Malaysia di Teheran kerana menerima permintaan kami untuk membantu membawa warga Singapura itu keluar dari Iran," ujar MFA.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg