Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

88 saranan diterima untuk 9 tapak pertanian di bumbung tempat letak kereta HDB

Jun 17, 2020 | 6:13 PM
88 saranan telah diserahkan dalam tender bagi sembilan tapak pertanian di bumbung tempat meletak kereta bertingkat. - Foto fail
88 saranan telah diserahkan dalam tender bagi sembilan tapak pertanian di bumbung tempat meletak kereta bertingkat. - Foto fail -

SEBANYAK 88 saranan telah diserahkan dalam tender bagi sembilan tapak pertanian di bumbung tempat meletak kereta bertingkat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), kata Agensi Makanan Singapura (SFA) dan HDB pada Rabu (17 Jun).

Ini merupakan tender pertama seumpamanya di sini.

Sembilan tapak itu terdiri daripada lima tapak tunggal di Ang Mo Kio, Tampines, Toa Payoh, Hougang, dan Choa Chu Kang, dan dua kelompok dengan masing-masing dua tapak di Sembawang dan Jurong West, lapor The Straits Times.

Keluasan tapak berukuran daripada 1,808 meter persegi - atau sepertiga daripada padang bola sepak - hingga 3,311 meter persegi.

Tender yang dilancarkan bulan lalu itu ditutup pada Selasa, kata agensi itu.

Daripada 88 saranan yang diterima, 74 merupakan tapak tunggal, manakala selebihnya untuk tapak kelompok.

Mereka yang berjaya akan dapat menyewa tapak tersebut untuk jangka masa tiga tahun, dengan pilihan untuk memperbaharuinya bagi dua tempoh tiga tahun lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg