Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

9 pesawat dipesongkan, 50 ditunda akibat menara kawalan Lapangan Terbang Changi dikosongkan

Jan 23, 2020 | 8:16 AM
545645ab-0377-415f-a92c-e23e8d2252e6
- Lianhe Zaobao

RANCANGAN penerbangan beberapa penumpang di Lapangan Terbang Changi terganggu awal pagi Khamis (23 Jan) selepas satu bunyi amaran kecemasan kebakaran berbunyi di menara kawalan menyebabkan ia terpaksa dikosongkan. "Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Changi terganggu pada 12.10 pagi ini disebabkan Menara Kawalan Changi dikosongkan. Menara itu dikosongkan sedang sistem mengawal api diaktifkan,'' kata kenyataan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (Caas). Penerbangan kembali normal pada 1.40 pagi selepas menara itu kembali beroperasi. "Semasa tempoh itu, 50 pesawat yang sepatutnya terbang ditunda selama 30 minit atau lebih lama dan sembilan pesawat yang sepatutnya mendarat dipesongkan.'' The Straits Times (ST) difahamkan beberapa pesawat dipesongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim di Batam dan yang lain ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. "Tidak ada kebakaran berlaku. Siasatan masih dijalankan terhadap punca bunyi kecemasan kebakaran diaktifkan,'' kata Caas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg