Topik diikuti
Pergi ke BHkuAcara peringati Raffles tiba akan turut imbas sejarah 700 tahun S'pura
Warga berpeluang kenang kembali sejarah sejak penemuan Temasek oleh Sang Nila Utama sekitar 1299 hingga ketibaan Raffles

Jan 1, 2018 | 5:30 AM
Acara peringati Raffles tiba akan turut imbas sejarah 700 tahun S'pura
TAHUN depan, Singapura akan memperingati dua abad sejak ketibaan Raffles pada 1819, tetapi pihak penganjur berkata acara itu akan turut mengimbas 500 tahun sebelum itu iaitu apabila Sang Nila Utama menemui pulau Temasek sekitar 1299.
Pengarah Eksekutif Pejabat 200 Tahun Singapura, Encik Gene Tan, berkata acara peringatan tersebut memberi peluang kepada warga Singapura merenung kembali 700 tahun dalam sejarah Singapura.