Topik diikuti
Pergi ke BHkuAda warga M'sia belum pasti akan kembali kerja di SG masa ini
Prihatin tentang kos, jauh dari keluarga dek syarat pergerakan rentas sempadan
Aug 4, 2020 | 5:30 AM
Ada warga M'sia belum pasti akan kembali kerja di SG masa ini
WALAUPUN skim pergerakan rentas sempadan antara Singapura dan Malaysia disambut baik oleh ramai pihak, masih ada yang tidak pasti atau keberatan bergerak antara dua negara itu demi pekerjaan.
Ini kerana mereka prihatin tentang kesan kewangan, misalnya jika terpaksa menanggung sendiri kos penginapan, dan ke atas keluarga, jika terpaksa berjauhan dari mereka.