Topik diikuti
Pergi ke BHkuAgensi kerja pos iklan tidak sensitif didenda $78,000

May 1, 2019 | 5:30 AM
Agensi kerja pos iklan tidak sensitif didenda $78,000
SEBUAH agensi pekerjaan dikenakan denda selepas memuatnaikkan iklan yang tidak sensitif di dalam talian dengan meletakkan perkataan 'dijual' di bawah gambar pembantu rumah yang telah dipilih untuk diambil kerja oleh majikan.
SRC Recruitment merupakan syarikat pertama mengaku bersalah selepas menyiarkan iklan kurang sensitif, melanggar peraturan yang ditetapkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam Syarat Lesen Agensi Pekerjaannya.