Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Akademi baru bantu SME guna teknologi digital

Mar 19, 2020 | 8:25 PM
AKADEMI UNTUK SME: Majlis menandatangan MOU bagi membangunkan 'Beyond Lab' diadakan pada Rabu (18 Mac).
AKADEMI UNTUK SME: Majlis menandatangan MOU bagi membangunkan 'Beyond Lab' diadakan pada Rabu (18 Mac). - SBF

SATU akademi baru bagi membantu syarikat kecil dan sederhana (SME) menggunakan teknologi digital telah dilancarkan. Akademi itu akan menawarkan kursus bersubsidi bagi melengkapi SME, ketua perniagaan SME serta tenaga kerja mereka dengan kemahiran relevan serta pengetahuan bagi transformasi digital. Kursus itu akan dibangunkan bersama oleh Akademi Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Akademi CET Politeknik Ngee Ann (NP). Firma konsultasi Ernst & Young Advisory (EY) akan menyumbang kepada pembangunan kandungan dan kurikulum. Akademi yang dinamakan 'Beyond Lab' itu merupakan kerjasama antara Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) dan V3 Fintech, cabang teknologi kewangan bagi kumpulan produk gaya hidup V3. Dalam satu kenyataan pada Khamis (19 Mac), kedua-dua pertubuhan itu berkata akademi tersebut akan menghubungkan SME dengan penyedia teknologi yang sesuai untuk membantu dalam perjalanan digital mereka. Ini setelah SME dibimbing dalam perancangan inisiatif dan strategi digital yang sejajar dengan objektif perniagaan mereka, termasuk melabur dalam teknologi digital supaya dapat memperkemas proses kewangan atau sumber manusia. Harga kursus antara $50 dengan $1900 bagi setiap peserta selepas subsidi, bergantung kepada jenis kursus dan masa yang diambil untuk menyelesaikan kursus itu. Sementara itu, EY akan bekerjasama dengan kohort pertama 'Beyond Lab' yang melibatkan 30 SME untuk menetapkan sasaran prestasi.

Perniagaan kemudian akan dipadankan dengan program SkillsFuture yang ditawarkan Akademi CET NP dan Akademi SMU. Rakan teknologi akan bekerjasama dengan mereka untuk menggunakan proses digital dalam perniagaan mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg