Topik diikuti
Pergi ke BHkuAkibat dileter ibu, lelaki jadi marah dan bakar rumah sendiri

Feb 15, 2019 | 5:30 AM
Akibat dileter ibu, lelaki jadi marah dan bakar rumah sendiri
AKIBAT rasa marah terhadap leteran ibunya malam sebelumnya, seorang lelaki membakar rumahnya sendiri dan menyebabkan kerosakan yang berjumlah hampir $31,000.
Lelaki itu, yang hanya diketahui sebagai Roslan, 37 tahun, telah dipenjara selama lima tahun semalam selepas mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan melakukan kerosakan menggunakan api, lapor The Straits Times.