Topik diikuti
Pergi ke BHkuAkses komputer secara haram untuk 'dikecualikan dari IPPT'

Jan 28, 2019 | 5:30 AM
Akses komputer secara haram untuk 'dikecualikan dari IPPT'
SEORANG pegawai awam yang bertugas di ibu pejabat Polis Divisyen Clementi mengakses sistem komputer di tempat kerjanya dan membuat perubahan tanpa izin kepada rekodnya bagi menunjukkan dia dikecualikan daripada Ujian Kecekapan Fizikal Individu (IPPT).
Labin Ismail, 27 tahun, yang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) dengan Pasukan Polis Singapura (SPF) dan berhenti kerja pada Julai tahun lalu, dijatuhi hukuman penjara dua minggu semalam.