Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ameerali Jumabhoy meninggal

Nov 25, 2020 | 5:30 AM
BESAR SUMBANGANNYA: Allahyarham Ameerali Jumabhoy turut dikenali bagi sumbangannya kepada masyarakat. Allahyarham aktif terlibat dalam pelbagai pertubuhan. - Foto ihsan KELUARGA AMEERALI JUMABHOY / FACEBOOK
BESAR SUMBANGANNYA: Allahyarham Ameerali Jumabhoy turut dikenali bagi sumbangannya kepada masyarakat. Allahyarham aktif terlibat dalam pelbagai pertubuhan. - Foto ihsan KELUARGA AMEERALI JUMABHOY / FACEBOOK -

USAHAWAN terkemuka dan pemimpin masyarakat Ameerali Rajabali Jumabhoy meninggal dunia awal pagi semalam.

Allahyarham berusia 94 tahun.

Allahyarham ialah pengasas Scotts Holdings Limited yang ditubuhkan pada 1982.

Ia juga merupakan syarikat yang menubuhkan pusat beli-belah Scotts dan kediaman servis Ascott.

Di bawah pimpinan Allahyarham, keluarga Jumabhoy juga menceburi pelbagai cabang perniagaan lain termasuk rangkaian makanan segera A&W dan operasi bebas cukai di Lapangan Terbang Changi.

Allahyarham turut dikenali bagi sumbangannya kepada masyarakat.

Allahyarham aktif terlibat dalam pelbagai pertubuhan termasuk Mendaki (di mana beliau merupakan pengerusi Mendaki Holdings), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan dan Majlis Anugerah Pencapaian Belia Kebangsaan.

Beliau juga anggota lembaga pengasas Politeknik Singapura dan Lembaga Warisan Negara dan juga menerajui pembinaan semula Masjid Kassim di Changi Road.

Pemergian Allahyarham dikongsi keluarganya dalam satu kenyataan kepada media semalam.

"Sifat ingin tahu, keceriaan dan semangatnya untuk hidup serta sikapnya yang besar hati akan diingati dengan penuh kasih sayang oleh keluarga dan teman-teman," kata keluarga Allahyarham dalam kenyataan itu.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak dan pasangan mereka, 11 cucu dan pasangan mereka dan seorang cicit.

Laporan lanjut:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg