SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Anugerah Pedang Merit merupakan tanggungjawab berat

Anugerah Pedang Merit merupakan tanggungjawab berat

Apr 28, 2021 | 5:30 AM

Anugerah Pedang Merit merupakan tanggungjawab berat

PENERIMA PEDANG MERIT: Inspektor Erna Adlina Kamarul Azman menerima Pedang Merit baru-baru ini, pencapaian yang dianggapnya satu tanggungjawab berat. - Foto BH oleh CHONG JUN LIANG
PENERIMA PEDANG MERIT: Inspektor Erna Adlina Kamarul Azman menerima Pedang Merit baru-baru ini, pencapaian yang dianggapnya satu tanggungjawab berat. - Foto BH oleh CHONG JUN LIANG -

PERBUALAN di meja makan keluarga Inspektor (Insp) Erna Adlina Kamarul Azman kebanyakannya berkisar tentang polis dan tugas-tugas kepolisan.

Apakan tidak, tiga daripada lima anggota keluarga tersebut merupakan pegawai polis dalam Pasukan Polis Singapura (SPF).

Tergelak menceritakan hal demikian, Insp Erna berkata:

"Adik saya sertai SPF pada Ogos tahun lalu, saya pula pada Jun (tahun lalu), jadi di meja makan, semua yang kita bincangkan adalah perkara berkaitan polis.

"Ibu saya hanya dengarkan sahaja, saya tak tahu macam mana perasaan beliau!"

Adik Insp Erna yang berusia 23 tahun merupakan pegawai polis, begitu juga bapanya yang berkhidmat di Komand Operasi Khas (SOC), dan nampaknya adik bongsu beliau juga bakal mengikut jejak langkah mereka menyertai SPF setelah berjaya menerima biasiswa Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) baru-baru ini.

Membesar dengan cerita-cerita yang dikongsi bapanya, anak sulung tiga beradik itu berkata:

"Kebanyakan motivasi saya adalah daripada bapa saya sebab pada saya apa yang dilakukannya agak menarik, misalnya beliau dapat menangkap orang yang tertuduh...dan apa yang dilakukannya adalah demi kebaikan orang ramai."

Namun, tidak pernah sekali pun beliau atau adik-adiknya dipaksa menyertai kerjaya serupa ayah mereka.

Bahkan, ketika kecil, Insp Erna, 25 tahun, berkata beliau tidak pasti tugas apa yang mahu dilakukannya "tetapi saya pasti ketika itu bahawa saya mahu jadi seseorang yang bermanfaat bagi masyarakat".

"Jadi bila waktunya tiba untuk saya pilih kerjaya saya setelah tamat pengajian...saya bertuah kerana mendapat pilihan pertama saya iaitu dalam SPF," ujar beliau, ditemui di Home Team Academy baru-baru ini.

Insp Erna merupakan antara pegawai polis yang tamat latihan baru-baru ini.

Malah, beliau juga telah menerima Pedang Merit, kejayaan yang menurutnya suatu tanggungjawab yang berat.

"Saya anak sulung, jadi sebagai anak sulung seolah-olah kita menetapkan penanda aras.

"Pada masa yang sama, ia juga secara tidak langsung memberitahu adik-adik dan sepupu-sepupu saya yang lebih kecil bahawa jika kita kerja keras, kita dapat mencapai apa yang kita inginkan.

"Saya rasa (penerimaan Pedang Merit) suatu yang berat kerana mereka yang lebih kecil (adik-adik dan sepupu) semuanya melihat kepada kita, tapi pada masa yang sama ia suatu motivasi kepada mereka untuk terus berusaha dengan gigih," ujar beliau.

BERITA

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg