ATURAN tempat duduk di pusat penjaja akan diubah untuk membolehkan pelaksaaan langkah jarak selamat semasa pelanggan makan di pusat tersebut dalam Fasa Dua, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan pada Selasa (16 Jun).
Pemerintah kelmarin mengumumkan bahawa makan di luar di pusat makanan dan minuman termasuk pusat penjaja akan dibenarkan pada Jumaat, tetapi dengan syarat peraturan jarak selamat dilaksanakan semasa fasa baru itu.
Selaras dengan garis panduan Fasa Dua itu, NEA, pengedali yang dilantiknya dan majlis bandaran akan menandakan tempat duduk dan meja bagi kumpulan pelanggan berbeza antara satu dengan lima orang.
Ini bagi mematuhi peruntukan Fasa Dua yang membolehkan pertemuan sosial kumpulan kecil sehingga lima orang.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg