Topic followed successfully
Go to BHkuBantu alih ke kenderaan hijau: Saktiandi
Bantu alih ke kenderaan hijau: Saktiandi
Bantu alih ke kenderaan hijau: Saktiandi
ENCIK Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) menyarankan agar pemerintah membantu pekerja penghantaran dan kereta sewa privet untuk beralih kepada kenderaan hijau atau hibrid.
Dalam hal ini, pemerintah boleh bekerjasama dengan penjual dan pembuat motosikal elektrik untuk mendapatkan motosikal dengan harga berpatutan bagi pekerja penghantaran, katanya.
Selain itu, beliau mengusulkan pemerintah supaya bekerjasama dengan syarikat sewa kenderaan elektrik untuk memastikan kos sewa kekal berpatutan bagi pengguna.
Semasa berucap, Encik Saktiandi melahirkan keprihatinan tentang kenaikan cukai petrol sebanyak 23 peratus, yang diumum dalam Belanjawan.
"Mereka yang memandu atau menunggang motosikal mencari nafkah, seperti pekerja penghantaran dan pemandu kenderaan, mungkin terkesan.
"Namun, untuk mencapai perubahan jangka panjang dan mendorong pemandu kenderaan lebih mesra alam, saya menggesa pemerintah untuk menolong mereka yang terjejas seperti pemilik motosikal transit ke kenderaan elektrik atau hibrid buat masa lima hingga 10 tahun akan datang," kata Encik Saktiandi.
Beliau menarik perhatian, tahun lalu, pemerintah melonggarkan peraturan mengenai motor elektrik, dengan membenarkan motosikal berkuasa tinggi di jalan raya sebagai sebahagian daripada usaha untuk mendorong penggunaan kenderaan yang lebih bersih.
Tetapi pada Mac 2020, hanya ada dua motosikal elektrik yang didaftarkan di Singapura, daripada jumlah keseluruhan motosikal sebanyak lebih 140,000.
Kos motosikal elektrik yang jauh lebih tinggi berbanding dengan motosikal berkuasa petrol adalah satu penghalang, kata Encik Saktiandi.

