Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Barisan kabinet baru didedahkan

Jul 25, 2020 | 3:13 PM
Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mengumumkan barisan kabinet baru dan pelantikan politik lain. Ini termasuk tujuh pemegang jawatan politik baru manakala enam pemegang jawatan lain telah dinaikkan pangkat.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mengumumkan barisan kabinet baru dan pelantikan politik lain. Ini termasuk tujuh pemegang jawatan politik baru manakala enam pemegang jawatan lain telah dinaikkan pangkat. - Jasmine Choong

Barisan kabinet baru pemerintah:

Encik Ong Ye Kung telah dilantik sebagai Menteri Pengangkutan. Beliau akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan.

Encik Lawrence Wong akan menyandang jawatan sebagai Menteri Pendidikan. Beliau akan mengundurkan diri sebagai Menteri Pembangunan Negara dan kekal sebagai Menteri Kedua Kewangan.

Encik Desmond Lee pula dilantik sebagai Menteri Pembangunan Negara, sekaligus melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga. Tetapi beliau akan kekal dalam kementerian itu dan memegang peranan sebagai Menteri Bertanggungjawab dalam Penyatuan Khidmat Sosial.

Sementara itu, Encik Masagos Zulkifli akan memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Menteri Kedua Kesihatan. Beliau juga akan kekal sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam. Encik Masagos mengundurkan diri sebagai Menteri Sekitaran dan Sumber Air.

Cik Grace Fu akan dilantik sebagai Menteri Kemampanan dan Sekitaran. Ini setelah Kementerian Sekitaran dan Sumber Air dinamakan semula sebagai Kementerian Kemampanan dan Sekitaran. Cik Fu akan melepaskan peranannya sebagai Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia.

Cik Indranee Rajah dilantik sebagai Menteri Kedua Pembangunan Negara, dan melepaskan jawatan sebagai Menteri Kedua Pendidikan. Beliau akan terus memegang peranan sebagai Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Kewangan.

Dr Tan See Leng akan dilantik sebagai Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Menteri Kedua Tenaga Manusia dan Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg