Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Beberapa perubahan kepada norma amalan agama di masjid jika Covid-19 bertambah buruk

Mar 13, 2020 | 7:29 PM
KUMPULAN KERJA MUIS: Dipengerusikan bersama (dari kiri) Dr Janil dan Encik Masagos Zulkifli, kumpulan kerja itu memberi bimbangan praktikal dan wajar dari sudut pandangan karyawan agama dan kesihatan bagi membendung penularan Covid-19. Encik Amrin turut menganggotai kumpulan kerja bersama Ketua Eksekutif Muis, Encik Esa Masood. (Gambar sisipan, atas) Ustaz Zahid Zin dan Dr Norhisham (bawah) antara karyawan yang menganggotai kumpulan kerja ini. - Foto-foto BH oleh ALPHONSUS CHERN
KUMPULAN KERJA MUIS: Dipengerusikan bersama (dari kiri) Dr Janil dan Encik Masagos Zulkifli, kumpulan kerja itu memberi bimbangan praktikal dan wajar dari sudut pandangan karyawan agama dan kesihatan bagi membendung penularan Covid-19. Encik Amrin turut menganggotai kumpulan kerja bersama Ketua Eksekutif Muis, Encik Esa Masood. (Gambar sisipan, atas) Ustaz Zahid Zin dan Dr Norhisham (bawah) antara karyawan yang menganggotai kumpulan kerja ini. - Foto-foto BH oleh ALPHONSUS CHERN -

MASYARAKAT Melayu/Islam boleh menjangkakan kemungkinan beberapa perubahan kepada norma-norma amalan agama yang dilakukan di masjid, dan ini mungkin akan berlanjutan sehingga bulan Ramadan, jika situasi Covid-19 di Singapura bertambah buruk.

Langkah-langkah praktikal yang dijangka diperkenalkan termasuk langkah menjarakkan diri di dalam ruang masjid serta perubahan dalam cara pengagihan bubur, solat tarawih dan berbuka puasa selain waktu khutbah yang dipendekkan.

Ini merupakan antara langkah menjauhkan diri yang telah dibincangkan Kumpulan Kerja Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) seramai 18 anggota, yang ditubuhkan untuk menangani penularan Covid-19 dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam di sini.

Pembentukan kumpulan kerja itu, yang bertemu buat kali pertama pada Jumaat (13 Mac), telah diumumkan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad semasa sidang media Muis pada Khamis (12 Mac).

Ia dipengerusikan bersama antara Encik Masagos dan Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary.

Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan) Encik Amrin Amin juga merupakan anggota kumpulan itu.

Terdiri daripada golongan asatizah dan doktor, kumpulan kerja itu bertujuan menawarkan masyarakat dengan bimbingan praktikal dan wajar daripada golongan profesional sektor keagamaan dan kesihatan.

Antara lain, kumpulan kerja itu juga akan mengenal pasti sebarang jurang dan melaksanakan langkah operasi yang lebih khusus untuk membendung penularan koronavirus (Covid-19) dalam kalangan masyarakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg