BEKAS ahli Parti Kemajuan Singapura (PSP) yang telah diusir kerana mendakwa partinya telah disusupi oleh proksi asing telah memohon maaf secara bertulis pada Selasa (5 Mei) kepada pengerusi Parti Rakyat Singapura (SPP), Encik Jose Raymond.
Encik Daniel Teo, 36 tahun, telah membuat dakwaan itu menerusi satu video tanpa nama pada bulan lalu, bahawa seramai 10 ahli PSP bekerjasama dengan Encik Raymond dan ahli sejarah Encik Thum Ping Tjin dan mereka dibiayai "sumber liberal Barat."
Beliau dipecat dari PSP pada 1 Mei setelah mengaku kepada setiausaha agung PSP, Encik Tan Cheng Bock bahawa beliau bertanggungjawab bagi video tersebut, lapor The Straits Times (ST).
Peguam yang mewakili Encik Raymond telah menghantar surat kepada Encik Teo pada Ahad (3 Mei) untuk menuntut Encik Teo memohon maaf.
Encik Teo menerbitkan permohonan maafnya di Facebook pada Selasa, dan berkata
"Saya mengaku dan terima bahawa dakwan itu adalah salah serta tidak berasas dan saya menarik balik dakwaan itu tanpa syarat."


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg