SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Belanjawan 2021: Kereta elektrik lebih dimampui, sebahagian Pelan Hijau SG

Belanjawan 2021: Kereta elektrik lebih dimampui, sebahagian Pelan Hijau SG

Feb 16, 2021 | 5:19 PM

Belanjawan 2021: Kereta elektrik lebih dimampui, sebahagian Pelan Hijau SG

Asas Yuran Pendaftaran Tambahan bagi kereta elektrik akan diturunkan dari $5,000 ke $0 dari Januari 2022 hingga Disember 2023.
Asas Yuran Pendaftaran Tambahan bagi kereta elektrik akan diturunkan dari $5,000 ke $0 dari Januari 2022 hingga Disember 2023. - KELVIN CHNG

PEMERINTAH akan menjadikan kereta elektrik lebih dimampui dengan mengurangkan perbezaan kos antara kereta elektrik dengan kereta enjin pembakaran dalaman.

Ini bagi menggalak penggunaan awal kereta elektrik, kata Timbalan Perdana Menteri (DPM) Encik Heng Swee Keat dalam ucapan Belanjawan pada Selasa (16 Feb) di mana beliau antara lain menyentuh tentang Pelan Hijau Singapura 2030.

Asas Yuran Pendaftaran Tambahan bagi kereta elektrik akan diturunkan dari $5,000 ke $0 dari Januari 2022 hingga Disember 2023.

"Ini membolehkan pembeli kereta elektrik pasaran besar untuk memaksimakan rebat dari Insentif Penggunaan Awal EV (Kenderaan Elektrik)," katanya yang juga Menteri Kewangan.

Cukai jalan raya bagi kenderaan elektrik juga akan disesuaikan supaya kereta elektrik pasaran besar membayar cukai jalan raya yang setanding dengan kereta enjin pembakaran dalaman.

Pelan Hijau Singapura 2030 Bertujuan menyediakan tempat tinggal yang hijau dan mampan bagi generasi warga Singapura akan datang. Daya Tahan Makanan - Dana Transformasi Kelompok Pertanian-Makanan $60 juta untuk terus sokong penggunaan teknologi dalam sektor pertanian-makanan Galak Penggunaan Kenderaan Elektrik (EV) - 60,000 tempat mengecas EV di tempat letak kereta awam dan privet menjelang 2030 - $30 juta dalam lima tahun akan datang bagi inisiatif berkaitan EV Pembiayaan Hijau - Bon hijau bagi projek prasarana awam terpilih - Mendalamkan kecairan pasaran bagi bon hijau - Menarik pelabur, modal dan pengeluar hijau ke pusat kewangan kita - Hingga $19 bilion bagi projek hijau sektor awam sebagai permulaan
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg