Belanjawan Kecekalan: Tambahan $31 bilion dikeluarkan dari rizab bagi tangani kesan Covid-19
Belanjawan Kecekalan: Tambahan $31 bilion dikeluarkan dari rizab bagi tangani kesan Covid-19
May 26, 2020 | 9:58 PM
-
Singapura akan mengeluarkan lagi $31 bilion dari rizab negara dalam langkah luar biasa untuk membiayai pakej bantuan keempat bagi rakyat dan ekonomi yang terjejas oleh pandemik Covid-19.
Ini adalah kali kedua pemerintah mengambil dana dari rizab dalam tempoh dua bulan, mencerminkan kesan Covid-19 yang mendalam terhadap ekonomi terbuka Singapura, dengan perniagaan dan kegiatan industri terhenti di serata dunia.
Secara keseluruhan pemerintah telah mengeluarkan $52 bilion dari rizab pada tahun kewangan ini.

