SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Langgar peraturan Covid-19: 4 lagi dalam kumpulan yang lawat pulau didenda

Langgar peraturan Covid-19: 4 lagi dalam kumpulan yang lawat pulau didenda

Feb 25, 2021 | 5:30 AM

Langgar peraturan Covid-19: 4 lagi dalam kumpulan yang lawat pulau didenda

PULAU SEKIJANG PELEPAH: Sekumpulan 12 orang telah melawat pulau yang juga dikenali sebagai Lazarus Island ini pada 8 Ogos tahun lalu dan menghabiskan masa bersama, lalu melanggar peraturan pergaulan Covid-19. Mereka didenda $3,000 seorang. - Foto fail
PULAU SEKIJANG PELEPAH: Sekumpulan 12 orang telah melawat pulau yang juga dikenali sebagai Lazarus Island ini pada 8 Ogos tahun lalu dan menghabiskan masa bersama, lalu melanggar peraturan pergaulan Covid-19. Mereka didenda $3,000 seorang. - Foto fail -

EMPAT anggota terakhir daripada kumpulan 12 orang yang telah ke Pulau Sekijang Pelepah (Lazarus Island) tahun lalu didenda $3,000 setiap orang semalam kerana melanggar peraturan pergaulan Covid-19.

Warga Britain, Helen Ann Sullivan, 31 tahun; Joshua Adam Roth, 31 tahun; James Riby Oram, 31 tahun; dan Edward John Joseph Lee-Bull, 33 tahun, mengaku bersalah atas tuduhan melakukan pertemuan bersama orang lain dengan tujuan yang tidak dibenarkan dan tanpa alasan yang munasabah di bawah peraturan Covid-19.

Baki lapan pesalah yang lain juga telah didenda $3,000 setiap orang sebelum ini.

Mereka ialah William Edwin Dunford, 32 tahun; Richard Henri Lagesse, 31 tahun; Lowri Mair Jeffs, 31 tahun; Zoe Louise Cronk 30 tahun; Jeff Richard Alexander, 32 tahun; Luong Thi Thu Ha, 31 tahun; Natalie Joanna Sarkies, 29 tahun; dan Paul Jonathon Gold, 32 tahun.

Kesemuanya warga Britain, kecual Sarkies dan Ha, yang masing-masing warga Singapura dan Vietnam.

Mahkamah mendapat tahu bahawa pada sekitar 11 pagi, 8 Ogos tahun lalu, kumpulan tersebut telah menaiki feri ke Pulau Sekijang Bendera (St John's Island) sebelum menuju ke Pulau Sekijang Pelepah.

Mereka telah menghabiskan masa di pulau itu dan pulang ke tanah besar Singapura pada sekitar 6 petang.

Pulau Sekijang Pelepah terletak di selatan Singapura dan terdapat tanah tambak untuk menghubungkannya dengan Pulau Sekijang Bendera.

Sarkies telah memuatnaik pos di Instagram mengenai lawatan kumpulan itu dan ia dilaporkan daripada beberapa platform media.

Sullivan, Roth dan Lee-Bull diwakilil oleh peguam Encik Shafiuddin Ong, yang juga mewakili Trimming, tetapi beliau kemudian dilepaskan.

Trimming mewakili dirinya sendiri dan melahirkan kekesalan atas kelakuannya itu,

Encik Ong berkata kliennya kesal akan tindakan mereka dan menyedari betapa serius kesalahan mereka.

Beliau mohon agar denda mereka dikurangkan kerana hukuman yang dijatuhkan telah mengikut peraturan tempoh pemutus litar, tetapi perhimpunan itu berlaku dalam fasa kedua.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Timotheus Koh menekankan bahawa tiada perbezaan atas hukuman yang dijatuhkan pada kedua tempoh itu kerana tujuannya tetap untuk "mencegah penularan virus Covid-19".

Hakim Daerah Encik Ong Luan Tze setuju dengan hukuman yang dijatuhkan dan menambah bahawa ia "adil dan sesuai" bagi empat pesalah terakhir itu untuk menerima denda yang sama seperti lapan pesalah sebelumnya.

Pesalah yang melanggar peraturan Covid-19, boleh dipenjara hingga enam bulan dan didenda hingga $10,000 atau kedua-duanya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg