SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Berpegang kuat pada prinsip bantuan dihulur tanpa kira bangsa, agama

Berpegang kuat pada prinsip bantuan dihulur tanpa kira bangsa, agama

Apr 3, 2021 | 5:30 AM

Berpegang kuat pada prinsip bantuan dihulur tanpa kira bangsa, agama

BANTUAN TAK KENAL SEMPADAN: CEO RLAF, Encik Muhd Faizal Othman, berpengalaman luas dalam menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan, terdiri daripada Muslim dan bukan Muslim. - Foto BH oleh ONG WEE JIN
BANTUAN TAK KENAL SEMPADAN: CEO RLAF, Encik Muhd Faizal Othman, berpengalaman luas dalam menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan, terdiri daripada Muslim dan bukan Muslim. - Foto BH oleh ONG WEE JIN -

KETUA pegawai eksekutif (CEO) Yayasan Rahmatan Lil 'Alamin (RLAF), Encik Muhd Faizal Othman, telah melakukan kerja sukarelawan selama sekitar 15 tahun, dan bagi beliau, semangat membantu golongan kurang bernasib baik tidak bersempadan dan tidak kira bangsa atau agama.

Bermula sebagai anggota Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Taman Jurong dan kini naib pengerusinya, beliau menyumbang masa dan tenaga untuk menjayakan program yang dijalankan, tetapi turut berusaha memberi bantuan khusus kepada mereka yang menghadapi masalah tertentu.

Encik Faizal, 49 tahun, juga merupakan bekas CEO pertubuhan tidak mengaup untung, Tasek Jurong, yang menghulur sokongan dan bantuan kepada penduduk kawasan Jurong yang memerlukan, seperti bekas banduan, keluarga kurang bernasib baik dan belia berisiko.

Jawatan yang dipegang dari 2016 itu dilepaskan tahun lalu apabila Encik Faizal dilantik sebagai CEO RLAF.

Pengalaman lalunya itu, katanya, mungkin sebab beliau dipilih menjadi CEO RLAF, sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk mengumpulkan masyarakat Muslim Singapura agar membawa rahmat kepada semua insan, tanpa kira bangsa atau agama.

"Saya rasa Muis melihat yang saya mempunyai pengalaman yang boleh disumbangkan kepada RLAF. Saya selalu melakukan kerja yang tidak eksklusif kepada Muslim tetapi kepada semua orang. Pengalaman itu sejajar dengan misi dan etos RLAF.

"Bagi saya adalah penting untuk kita memberi tumpuan kepada membantu semua orang tanpa mengira bangsa atau agama, lebih-lebih lagi di Singapura. Sebagai orang Islam, sudah menjadi tugasan kita untuk membantu semua orang," katanya yang juga merupakan timbalan pengarah bahagian transformasi khidmat dan strategi di Muis.

Menurut Encik Faizal, penglibatannya dalam kerja sukarelawan bermula dengan membantu sedikit-sedikit tetapi kemudian ia rasa seperti satu tanggungjawab.

"Kalau saya telah diberi peluang membantu dan membuat perubahan dalam kehidupan seseorang, saya rasa kalau saya tidak buat apa-apa, mungkin tidak akan ada sebarang perubahan dalam kehidupan orang itu.

"Saya melihatnya sebagai satu tanda. Tuhan tunjuk saya yang orang ini memerlukan bantuan, jadi lebih baik saya tolong," katanya.

Kini di RLAF, Encik Faizal berasa teruja kerana dapat membantu pada skala yang jauh lebih besar, di dalam dan luar negara, bersama pasukannya.

"Bersama-sama pasukan RLAF terdiri daripada kakitangan, relawan dan rakan kongsi, kami dapat bekerjasama demi kebaikan masyarakat. Setiap individu yang dibantu, pada skala besar ia membantu seluruh masyarakat," tambahnya.

"Bagi saya adalah penting untuk kita memberi tumpuan kepada membantu semua orang tanpa mengira bangsa atau agama, lebih-lebih lagi di Singapura. Sebagai orang Islam, sudah menjadi tugasan kita untuk membantu semua orang." - Encik Muhd Faizal Othman, CEO RLAF.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg