Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SIA bersedia untuk berlepas selepas perjalanan udara global pulih 

Jun 7, 2020 | 1:52 PM
Sebuah keluarga memakai pelitup di kawasan 'check-in' SIA di Terminal 3 Changi Airport pada 14 Februari lalu.
Sebuah keluarga memakai pelitup di kawasan 'check-in' SIA di Terminal 3 Changi Airport pada 14 Februari lalu. - Foto Fail

Lebih banyak pesawat Singapore Airlines (SIA) akan terbang semula sedang negara-negara pulih daripada sekatan pergerakan walau pandemik Covid-19 terus menjejas sektor udara global.

Daripada sejumlah 138 pesawat SIA dan SilkAir yang tidak aktif pada lewat Mac, jumlah itu susut kepada 94, kata syarikat penerbangan itu kepada The Sunday Times.

SIA dan cabang serantaunya itu memiliki 145 pesawat dengan dua pesawat tidak lagi menyertainya sejak lewat Mac.

Cabang khidmat tambang rendah kumpulan itu, Scoot kini mengendalikan lebih banyak penerbangan meskipun 32 daripada 45 pesawatnya masih belum beroperasi.

Merebut peluang daripada permintaan penerbangan kargo yang meningkat, kumpulan SIA kini menggunakan beberapa pesawat penumpang untuk membawa kargo.

Namun rentak pelonggaran sekatan sempadan bagi membolehkan lebih banyak penerbangan adalah di luar kawalan SIA, kata ketua eksekutif Goh Choon Pong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg