KATALOG Ramadan dan Aidilfitri 2023 edaran Berita Harian yang mengandungi kalendar Ramadan berserta waktu iftar dan imsak akan diedarkan di 50 masjid sekitar Singapura.

Ia akan diedarkan bersama naskhah akbar Berita Harian pada Jumaat di masjid-masjid yang terpilih sekitar waktu solat Jumaat.

Katalog itu, yang diedarkan sempena menyambut ketibaan Ramadan minggu depan, ditaja oleh Toko Warisan Trading.

Ia juga mengandungi senarai produk-produk keluaran Toko Warisan yang boleh dibeli dari kedai Halal Frozen Toko Warisan.