SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Bilangan penyalah guna dadah ditangkap berkurangan, tapi ramai pesalah muda kali pertama: CNB

Bilangan penyalah guna dadah ditangkap berkurangan, tapi ramai pesalah muda kali pertama: CNB

Feb 3, 2021 | 7:07 PM

Bilangan penyalah guna dadah ditangkap berkurangan, tapi ramai pesalah muda kali pertama: CNB

Sebahagian besar penyalah guna dadah yang ditangkap tahun lalu merupakan pesalah kali pertama dan pesalah muda di bawah usia 30 tahun. - Foto fail
Sebahagian besar penyalah guna dadah yang ditangkap tahun lalu merupakan pesalah kali pertama dan pesalah muda di bawah usia 30 tahun. - Foto fail -

MESKIPUN bilangan penyalah guna dadah yang ditangkap tahun lalu berkurangan, namun sebahagian besar mereka merupakan pesalah kali pertama dan pesalah muda di bawah usia 30 tahun.

Trend yang membimbangkan itu diketengahkan Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam laporan tahunannya pada Rabu (3 Feb).

CNB berkata bilangan penyalah guna dadah yang ditangkap pada 2020 seramai 3,014 orang, merosot daripada 3,526 pada 2019.

Namun sekitar 38 peratus yang ditangkap itu merupakan pesalah kali pertama, dengan tiga daripada lima berusia di bawah 30 tahun.

Bagaimanapun jumlah mereka turun daripada 1,460 orang pada 2019 kepada 1,143 tahun lalu.

CNB berkata terdapat peningkatan 14 peratus dalam penyalah guna dadah berusia 60 tahun ke atas.

Ia menambah pengurangan jumlah penangkapan berkaitan dadah tahun lalu mungkin disebabkan pengurangan pergerakan merentas sempadan, yang menjejas pembekalan dan permintaan dadah. - The Straits Times
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg