Topik diikuti
Pergi ke BHkuBoleh buat tempahan baki flat HDB bila-bila masa
1 of 2
Feb 8, 2019 | 5:30 AM
Boleh buat tempahan baki flat HDB bila-bila masa
PEMBELI flat yang ingin membeli baki flat yang belum terjual dari Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) boleh menempah flat dalam talian bila-bila masa tanpa perlu menunggu membuat permohonan flat semasa ia ditawarkan dua kali setahun.
Mereka juga akan mengetahui jika permohonan mereka berjaya pada hari bekerja berikutnya, lantas mengurangkan tempoh menunggu flat, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong.