
“
DALAM tempoh 'pemutus litar', orang ramai masih boleh mengunjungi ahli keluarga bagi membantu dengan keperluan harian mereka, seperti menjaga orang tua uzur atau bagi penjagaan anak. Yang tidak dibenarkan adalah perhimpunan sosial, seperti pesta privet dan pertemuan dengan rakan-rakan dan saudara mara, jelas Kementerian Kesihatan (MOH) ketika menjawab pertanyaan media. Ini berikutan timbul ketidakpastian dalam kalangan warga setelah Rang Undang-Undang Covid-19 (Langkah-Langkah Sementara), yang membolehkan pemerintah menguatkuasakan langkah jarak selamat dipertingkat bagi mengekang penularan Covid-19, diluluskan di Parlimen pada Selasa (7 April).

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg