Topic followed successfully
Go to BHkuBoon Yang bersara daripada Keppel Corporation
Boon Yang bersara daripada Keppel Corporation
Boon Yang bersara daripada Keppel Corporation
KEPPEL Corporation mengumumkan semalam bahawa Dr Lee Boon Yang akan bersara sebagai pengerusi dan pengarah bukan eksekutifnya pada 23 April 2021 selepas mesyuarat agung tahunan syarikat tersebut pada tarikh yang sama.
Dr Lee, 73 tahun, kekal sebagai pengerusi Singapore Press Holdings (SPH).
Dr Lee bakal digantikan oleh Encik Danny Teoh, 65 tahun, sebagai pengerusi bukan eksekutif Keppel Corporation.
Beliau mempengerusi jawatankuasa audit dan merupakan anggota jawatankuasa saraan dan risiko lembaga syarikat tersebut.
Encik Teoh juga pengerusi M1 Limited, lapor The Business Times.
Sebagai pengerusi Keppel Corp sejak Julai 2009, Dr Lee mengawasi lembaga kumpulan dalam lingkungan perniagaan antarabangsa yang meliputi kemerosotan sektor luar pesisir dan marin bermula 2015, dan pandemik Covid-19 baru-baru ini.
Di bawah pimpinan Dr Lee juga Keppel Corp telah melancarkan cabang dermanya, Yayasan Keppel Care, pada 2012 dan telah mengagihkan lebih $47 juta bagi menyokong antara lain pendidikan dan kesenian serta pemuliharaan alam sekitar.

