Topik diikuti
Pergi ke BHkuBorong baju kurung baru di Geylang Serai
Borong baju kurung baru di Geylang Serai
PAKAIAN SERBA BARU: Kawasan Geylang Serai telah banyak berubah sejak beberapa tahun lalu, mengikut peredaran masa dan pembangunan bandar moden di Singapura.
Selain pembinaan kompleks pasar dan perumahan baru, kini terdapat sebuah pusat masyarakat, Wisma Geylang Serai, yang dikunjungi ramai.
Namun, pada tahun 1980-an, kehangatan suasana menjelang Lebaran banyak tertumpu di kawasan bazar berdekatan Pasar Geylang Serai seperti dilihat di gambar atas.
Ramai pelanggan mengerumuni sebuah gerai pakaian di bazar Geylang Serai. Biasanya, harga baju kurung yang dilonggokkan begitu sangat berpatutan.
Warga dari serata pulau dan juga dari luar negara gemar mengunjungi Geylang Serai lebih-lebih lagi semasa bazar diadakan di bulan Ramadan.