Topik diikuti
Pergi ke BHkuBukan lagi 'Apprentice' di persada dunia
May 19, 2016 | 5:30 AM
Bukan lagi 'Apprentice' di persada dunia
SEBULAN yang lalu, rasa teruja bercampur bimbang mengisi ruang hati dua pelakon tempatan, Firdaus Rahman dan Mastura Ahmad, apabila mereka diundang ke Pesta Filem Cannes di Perancis bagi meraikan pencapaian filem Apprentice di persada dunia.
Selaku pelakon utama filem tentang pasang surut emosi si perantis penjara itu, Firdaus, 34 tahun, dan Mastura, 49 tahun, akur bahawa undangan tersebut merupakan satu peluang keemasan yang payah ditolak.