SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Butiran semakan badan pensijilan halal asing Muis diumum lewat 2021

Butiran semakan badan pensijilan halal asing Muis diumum lewat 2021

Feb 1, 2021 | 8:44 PM

Butiran semakan badan pensijilan halal asing Muis diumum lewat 2021

36b8e23e-b5a6-4743-b92f-588920e3fdca
-

MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai semakan rangka kerja pengiktirafan Badan Pensijilan Halal Asing (FHCB) lewat tahun ini.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata:

"Semakan bagi rangka kerja pengiktirafan FHCB bertujuan memperkukuh pentadbiran dan keterbukaan, serta menyelaraskan lagi rangka kerja dengan keperluan makanan halal domestik.

"Muis akan melibatkan peniaga, FHCB dan pihak berkepentingan relevan untuk mengumpul maklum balas. Lebih banyak butiran akan diumumkan lewat tahun ini."

Beliau memberi jawapan bertulis itu untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) di Parlimen pada Isnin (1 Februari).

Encik Zhulkarnain telah bertanya sama ada Muis yang sedang menjalankan semakan untuk memperkukuh pentauliahan FHCB akan mengadakan perundingan awam.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg