Topik diikuti
Pergi ke BHkuCase tuntut syarikat minyak perjelas kenaikan harga

Feb 26, 2015 | 5:30 AM
Case tuntut syarikat minyak perjelas kenaikan harga
`SYARIKAT minyak petrol diminta menjelaskan kenaikan harga di kedai minyak oleh Persatuan Pengguna Singapura (Case), yang mendakwa mereka melakukan pencatutan.
Case berkata ia telah mengirimkan surat kepada syarikat-syarikat minyak petrol utama di sini menuntut mereka menjelaskan kenaikan harga itu, yang sebahagian besarnya lebih tinggi daripada kenaikan cukai yang diumum pemerintah dalam Belanjawan 2015.