SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Chee Hong Tat antara yang bakal terima anugerah Hari Pekerja

Chee Hong Tat antara yang bakal terima anugerah Hari Pekerja

Apr 23, 2021 | 5:30 AM

Chee Hong Tat antara yang bakal terima anugerah Hari Pekerja

MENTERI Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Ehwal Luar) Chee Hong Tat dan Setiausaha Tetap (Tenaga Manusia) Aubeck Kam akan menerima Anugerah Khidmat Cemerlang, antara anugerah tertinggi yang diberikan sempena Hari Pekerja tahun ini.

Encik Chee, seorang penggiat kuat bagi perlindungan pekerja jagaan kesihatan dan pekerja pengangkutan awam daripada penganiayaan, sementara Encik Kam telah m memberikan sumbangan penting kepada usaha mempertingkat gaji pekerja dan masa depan mereka.

Anugerah Khidmat Cemerlang itu diberikan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) kepada mereka yang masih giat dan terus membuat sumbangan penting selama sekurang-kurangnya tiga tahun selepas menerima Anugerah Khidmat Gemilang.

Encik Chee dan Encik Kam antara 143 individu dan pertubuhan yang akan menerima anugerah masing-masing pada Rabu depan.

Penerima anugerah lain termasuk pemimpin kesatuan, pegawai pemerintah dan syarikat-syarikat yang memperjuangkan kepentingan pekerja meskipun dalam kedudukan ekonomi yang tidak menentu semasa pandemik Covid-19 ini.

Pekerja yang dianggap tokoh contoh di tempat kerja juga diberikan anugerah.

Penerima Pingat Kehormatan - anugerah tertinggi Hari Pekerja - akan diumumkan pada Selasa depan, sehari sebelum majlis penyampaian anugerah.

Anugerah tersebut diberikan kepada individu yang telah memberikan khidmat cemerlang kepada pergerakan buruh.

Tahun ini, majlis penyampaian akan diadakan menerusi secara fizikal di Downtown East dan menerusi siaran langsung di dalam talian.

Majlis tersebut dibatalkan tahun lalu kerana sekatan pergerakan Covid-19, meskipun penerima anugerah masih diiktiraf.

Encik Chee berkata beliau berharap dapat terus bekerjasama dengan pergerakan buruh untuk mempertingkat kehidupan pekerja.

Beliau mempunyai hubungan rapat sebagai penasihat kepada Kesatuan Sekerja Gas dan Kuasa (Upage) dan Kesatuan Pekerja Khidmat Penjagaan Kesihatan (HSEU).

Ini termasuk bekerjasama dengan pemimpin HSEU untuk memastikan kebajikan pekerja jagaan kesihatan dijaga, terutama di barisan depan usaha negara menentang pandemik.

Beliau juga memberi sokongan kepada Upage dalam usaha mempertingkat kemahiran dan menggajikan semula pekerja lebih tua.

Encik Chee berkata perikatan tiga pihak di Singapura adalah sumber kebanggaan dan kelebihan kompetitif bagi Singapura.

"Oleh kerana rakan kongsi tiga pihak saling mempercayai, kita mampu membentuk sekitaran yang menyokong perniagaan dan pekerja dan yang diyakini oleh pelabur dan pelanggan dari luar negara," kata Encik Chee.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg