Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Chee Soon Juan akui kemungkinan bertanding

Mar 13, 2016 | 12:53 PM
Dr Chee bertemu media pagi tadi di Bukit Batok West Avenue 6. FOTO: ST
Dr Chee bertemu media pagi tadi di Bukit Batok West Avenue 6. FOTO: ST -

CALON parti untuk pilihan raya kecil di Bukit Batok masih belum dipilih, namun Ketua Parti Demokratik Singapura (SDP) Dr Chee Soon Juan berkata ada kemungkinan beliau bertanding.

Beliau berkata demikian semasa menemui pihak media di Blok 154 Bukit Batok West pagi tadi selepas SDP bertemu dengan penduduk di gerai-gerai dan kedai makan di kawasan itu.

Dr Chee telah memberi kepastian bahawa SDP bakal bertanding dalam pilihan raya kecil itu selepas bekas Anggota Parlimen Bukit Batok Encik David Ong meletakkan jawatan.

Menyentuh tentang calon SDP yang akan bertanding Dr Chee berkata:

"Terdapat kemungkinan yang saya juga akan bertanding, tetapi kami masih belum membuat sebarang keputusan.

(Calon yang dipilih) harus seseorang yang berupaya menjadi suara penduduk dan pengundi," ujar beliau sambil menambah bahawa ia bukan sesuatu yang mudah.

Dr Chee enggan memberikan sebarang komen mengenai laporan tentang hubungan sulit Encik Ong.

Beliau berkata: " Ia satu kejadian yang malang. Tetapi kami sering menekankan bahawa kami ingin tumpukan pada isu-isu yang menjadi keprihatinan rakyat Singapura.

Kami tidak ingin menyentuh tentang hal peribadi masing-masing."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg